Sunday, April 14, 2013

Love Affair ~Bab 1~

Suasana pagi yang nyaman di Negara Ancasia diganggu oleh bunyi kuda dan juga jeritan pengawal diraja.Ini mesti disebabkan Puteri Angelica,Puteri di Negara Ancasia.Walaupun dia seorang puteri tetapi ramai rakyat di Negara Ancasia tidak mengetahui nama dan wajah puteri di Negara mereka.Hal ini dilakukan oleh Raja Alexander kerana dia takut akan orang -orang luar yang berdendam terhadap negaranya.Mungkin satu- satu puterinya akan dijadikan tawanan.
“Puteri Angelica dah lari!!!”Jerit seorang pengawal istana . El hanya tersenyum gembira.Yay!harini dia dapat keluar dari istana.

 “Apa?!”terkejut dibuatnya Raja Alexander mendengar khabar tersebut.Apalah nak dibuatnya Puteri seorang tu…Suka sangat buat perkara yang tidak masuk dek akal.
Permaisuri Angelina menggeleng-geleng kepala. Perangai anaknya ini memang sukar diramal.Suka sangat buat perkara yang pelik.Kalau nak keluar dari istana pun bagitau lah dulu,bukannya dia tidak akan kasi kebenaran pun.Suka sangat buat ‘gimmick’ dalam istana.Dah lah bagi surat pulak tu.

 Kepada Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,
El tahu semestinya El sudah membuat ‘gimmick’ di istana,macam yang bonda selalu kata.Bonda , El nak tanya,Ayahanda pengsan ke?Kalau ya…cakap pada ayahanda El minta maaf banyak banyak.Bukan apa pun El Cuma nak menghirup udara segar di luar istana dan melawat Negara yang El cintai ini.Dah lama tak melawat Negara,macam manalah ya rupa sekarang?

 Khas untuk ayahanda,
Janganlah potong Elaun  bulan ni …Kalau tak El nak belanja pakai apa?Ayahanda kan baik…

Oklah sampai sini saja yang El nak cakap.Bye bye…
“Eish…bertuah punya anak.Ada ke dikatanya kita ni pengsan.Nak kena sungguh..”bebel Raja Alexander.

“Sudahlah tu …Memang perangai Puteri kita begitu.Mahu buat bagaimana lagi..”Kata Permaisuri Angelina.

“Hmm…”Raja Alexander mengeluh.

ANGELICA sudah berada di pekan.Membawa kuda di pekan bukan satu perkara yang pelik di Negara Ancasia.Penduduk di Ancasia ramai yang hanya menunggang kuda dari menaiki kereta.

 “Twinkle …kamu tunggu disini ya.Saya mahu berjalan jalan dahulu.”Kata El pada kudanya,Twinkle.Dia mengikat tali dileher kudanya pada sebatang pokok.
Angelica berjalan sambil matanya melihat kawasan persekitaran di pekan.Dia menghirup udara segar.Ah nyamannya…Dia duduk di kerusi yang terletak di di dalam taman bunga.Dia menghidupkan MP3 nya dan letakkan earphone di telinga.Beberapa minit duduk dia mula bosan,El berjalan sambil tangan ligat mencari lagu di dalam MP3 tanpa memandang ke hadapan.

 “Bukkk!!!”
“Aww…”Serentak El dan seseorang dihadapannya berkata.El menggosok dahinya yang pedih.

 Angelica segera bangun dan tunduk meminta maaf kepada lelaki yang dilanggarnya. “Minta maaf …Saya tolong.”Lelaki itu tidak berkata apa apa.Dia hanya diam mengutip barang –barangnya yang jatuh.El mengutip fail dan kertas-kertas bertaburan di jalan. ‘Kenapa ya lelaki ni diam je…’Katanya dalam hati.
Lelaki tersebut berdiri dan meramas ramas rambutnya. Tiada secalit senyuman pun di wajah nya.

“Awak…nah…”Angelica tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila lelaki itu berlalu pergi.ERR…Dia memandang fail dan kertas milik lelaki yang dilanggarnya itu.Tangannya gatal hendak melihat apa yang berada didalam fail itu.
Di dalam fail tersebut terdapat butir butir diri lelaki tersebut.Angelica terangguk angguk membaca isu surat itu.

“Lah Budak baru kat Kolej Fantasia ke…Patutlah ada fail butir diri.”Angelica berkata sendiri. “BTW…nama dia sedap lah Rafael Evan…Hmmm…”
“Angelica!”

 “Oh Rumah aku meletop!”Latah Angelica.
“Since when rumah kau meletop and aku rasa lah kan kau takde rumah,Istana adalah…”ujar Anna selamba.Dia seorang penjaga Angelica.Sepatutnya dia memanggil Angelica dgn gelaran Puteri tapi Angelica melarang memanggilnya puteri.

“Anna…Kau buat aku terkejut.Kalau aku mati kat sini ,siapa susah?!”
“Yang pasti bukan aku susah…and aku datang sini nak bagitau kau yang Raja dan Permaisuri panggil kau balik.”

 “Ok lah…jom blk.”
“Fail apa yang kau pegang tu?”Anna merampas fail yang berada dalam dakapan Angelica . ‘NO…Jangan baca!’jerit hati El.

El Cuma merampas fail tersebut tapi sudah terlambat,Anna sudah membaca isi fail tersebut.
“Mamat mana lak ni?”

“Tak de ah…Dia tertinggal.Jadi aku ambik lah.Nanti ada masa aku pulangkan lah…”terang Angelica tapi sebanarnya tipu je tu…
“Hmm…Nah lah .”Anna memberi semula fail tersebut kepada Angelica.

“Anna…”Lembut sahaja Angelica memanggil.
“Ni mesti ada something ni…”Angelica tayang senggih. “Teman aku jumpa lelaki ni esok.Aku nak hantar fail ni kat rumah dia.”

Anna berpura-pura berfikir. “Hmmm…”Angelica sudah buat muka hendak menangis.Ok mengaku sebenarnya Angelica  ni seorang yang agak sensitive tapi dia seorang yang Cheerful and Naughty suka sangat usik orang.
“Yalah…Yalah…”

“Yay!!!Kau lah kawan + Penjaga aku paling baik…”
“Mulut manis…”kata Anna.Angelica mencebik.

“Opss…aku lupa nak cakap yang Raja and Permaisuri bagitau kalau kau tak sampai istana dalam masa 30 minit elaun kau akan kena potong.And…”Anna memandang jam dipergelangan tangannya.”And kita dah sembang dalam 20 minit so…ada 10 minit je tinggal.”
Terbeliak mata Angelica mendengar. “Anna!!!Asal tak bagitahu awal awal.Aku tak nak kena potong elaun…”Sepantas kilat Angelica berlari menuju ke arah Twinkle.
‘Rafael Evan,Esok kita jumpa lagi ya.’

2 comments:

  1. Jangan potong duit belanja yaa... Alah comel lah surat tu! Btw, mana butang follow? ><"

    ReplyDelete
  2. suka n best... akak suka novel versi fantasy... jarang org buat.. n memang susah pun...
    btw congrats bab 1 dah menarik perhatian.. :D

    ReplyDelete