Saturday, June 29, 2013

Cerpen Truth or Dare part 1

keSEMUA WATAK di dalam cerpen ini hanyalah rekaan kecuali nama watak utama perempuan.



***



Aku sentiasa impikan sesuatu yang ajaib akan berlaku . Cinta sejati tidak pernah dikecewakan . Airmata tidak akan mengalir lagi . Kesedihan tak akan berlaku lagi . Namun aku hanya bermimpi kerana semua itu tidak akan pernah berlaku.

Aku Nurul Nadia Syahirah bt . Mat Nazri .Tahun ini berumur 21 tahun sedang belajar di Akademi Starlight Height . Sebuah akademi yang khas untuk gadis berada dan setiap tahun seorang gadis biasa akan diambil bersekolah disini dan diberi gelaran lady royal .Gadis - gadis golongan berada yang masuk ke Akademi ini akan di panggil dengan gelaran Princess. Di sebelah akademi Starlight Height , terdapat sebuah Akademi khas untuk lelaki yang berada iaitu Akademi Prince Charming.

"Woit... Kau termenung ? Rugi betullah kau ni."ujar Princess Mia atau nama sebenarnya Nur Mia Alicia bt .Dato' Ahmad Ibrahim.

"Rugi apa? Aku rasa tak rugi kalau aku termenung bila penceramah datang . "Nadia pelik.

"Rugi lah...Kau tahu kan ,Akademi kita ni tak selalu orang lelaki datang."Mia muncung mulut.

"Kadang - kadang kau cakap .Ke kau lupa yang budak Akademi sebelah tu seminggu sekali akan datang sekolah kita untuk kelas tarian ."

"Ya... tapi ..."

"Dah , dah , korang ni...Jom pergi lunch." Princess Ann berkata.

"Hmm , jom."

"Ahh..."Nadia terjerit kecil apabila seseorang melanggar bahunya dari belakang dan  hampir saja dia terjatuh.

"Opps !!! Sengaja !Hahaha..."

"Woi ! Kau ni kenapa hah? Dengan adik sendiri pun kasar - kasar."


"Adik ?Sorry sikit adik tiri saja ok."sinis Rose berkata.Princess Rose atau nama panjangnya Marlia Rose merupakan kakak tiri Nadia.

"Sama je lah tu..."Mia berang.

" Tak sama ok . Lagipun aku tak ingin lah ada adik macam dia ni."terus Rose berlalu pergi.

"Bangang punya perempuan !"Mia menjerit kuat supaya Rose mendengar.

"Kau sepatutnya buang dia dari sekolah ni."Ann berkata.

"Memang aku teringin ... sangat nak buang dia dari Akademi ni . Tapi dia pun anak papa aku , walaupun anak tiri je."

"Kesian kau kan?Macam mana lah kau boleh hidup dengan perumpuan sihir tu."

"Tak payah lah kisah pasal aku . Jom makan!"

"JOM!!!"



NADIA PANDANG RAKAN SEBILIKNYA yang sedang duduk di ruang tamu bilik mereka.Bilik mereka merupakan bilik yang besar dan luas dari bilik - bilik lain.Maklum lah , anak pemilik Akademi punya bilik.Dia pandang  Mia yang tengah baca novel . Kalau loceng kebakaran bunyi pun mesti dia tak dengar . Biasalah tengah dalam zon cintan - cintun . Ann ? Haa... Yang ni lagi teruk . Mood cintan - cintun dia tu tak terkata banyaknya . Sebab apa dia kata macam tu ? Sebab si Ann tu tengah berbalas - balas messages dengan BF dia dari Akademi sebelah Prince Charming konon .Ceittt.Sekali lagi dia menopang dagu di meja dan mengeluh dengan kuat supaya kawan - kawannya tahu yang dia teramat bosan sekarang ni.

"Kau ni mengeluh kuat - kuat . Tak elok tau."Mia meletakkan novelnya di atas sofa.

"Ada aku kisah . Sekarang ni aku tengah bosan .Bosan . B-O-S-A-N , bosan..."Ambik tu siap kena eja lagi perkataan bosan tu.

"Apa kata kita pergi melawat Akademi sebelah ?"Ann memberi cadangan.

"Banyak lah kau.Kita tinggal 30 minit je sebelum kelas tarian start , Mana sempat ."Nadia berkata.

"Pastu sekarang ni kau nak buat apa ? Macam kau cakap kita tinggal 30 minit je sebelum start kelas."tanya Mia. 'hmm...'Nadia ketuk - ketuk kepalanya menggunakan jari . Ting!!! tiba - tiba muncul mentol kat kepala.Dia tersenggih - senggih.

"Apa kata kita main Truth or Dare ? "

"Nak , nak , nak...Dah lama tak main."cepat sahaja Ann bersetuju.

"Ok , biar aku ambik botol."Mia melangkah ke dapur . 3 minit kemudian , dia kembali dengan botol di tangan.Botol diletak ditengah - tengah meja dan mereka pun duduk bersila di keliling meja.

"Aku start dulu ok?"Ann cepat - cepat memusing kan botol tersebut dan botol tersebut berhenti ke arah ...

"Mia!!! Truth or Dare ?" tanya Ann.

"Hmm , Truth lah."

"Ala..."Ann tunjuk muka sedih.

"Ni mesti ada idea gila kau nak kasi kalau aku pilih dare kan?"Ann mengangguk.

"Fuh...Nasib baik aku tak pilih Dare."kata Mia lega.

"Dah lah tu . Ann cepat ..."arah Nadia.

"Hmmm...Pernah tak kau stalk saper - saper . Yalah , walaupun muka kau innocent kan mana tahu kau pernah jadi stalker."tanya Ann.

"Kau ni kan ... Macam tau tau je. Ok aku bagitau. Aku pernah stalk sorang mamat ni ."

"Fuyoo , tak sangka aku.Sipa nama dia ? Sekolah kat mana ?"

"Nama dia Ikram. Budak Akademi sebelah."jujur Mia memberitahu.

"Ikram ?  Macam pernah dengar ."ujar Nadia.

"Tulah aku pun macam pernah dengar Ikram . Ikram ... OMG !!! Muhammad Ikram ke ? Ketua Pengawas tu kan . Tak sangka lah kau suka dia."kata Ann.

"Ada lagi tak benda yang kau sembunyikan pasal dia . Ingat tak boleh tipu."Nadia berkata.Mia muncung kan mulut sebelum pergi ke biliknya.

"Dia nak buat apa ?" tanya Ann. "Entah."Nadia menjongket bahu.

Mia melangkah kembali dengan sebuah kotak yang sederhana besar di tangan."Nah bukak lah."

"What?!!!"Ann terjerit kecil."Banyak nya poster dia. Mana kau cekau semua ni?"

"Kat Akademi diorang lah."

"Macam mana kita tak perasan yang kau ambik semua poster ni?"tanya Nadia.

"Tulah namanya professional."Mia tersenyum bangga.Nadia dan Ann mencebik . "Lah sangat..."

"OK dah , aku pulak ."Mia memusingkan botol tersebut dan berhenti pada...

"Botol kenapa kau berhenti dekat aku."Ann merungut.

"Cepat , Truth or Dare?"

"Sebab kau pilih Truth aku pun akan pilih truth jugak."Nadia hanya geleng kepala melihat perangai rakannya.

"Aku nak kau bagitau cikgu mana yang paling kau benci sekali kat Akademi kita tu."

"Hmm , cikgu yang paling aku benci mestilah Miss Chia . Saya nak awak bernyanyi bukannya pecah kan cermin dengan suara sumbang kamu semua.Bla...bla ..bla...Sakit kot telinga dengar dia membebel."Ann berkata.

"Tulah , aku pun benci Miss Chia tu.Mulut dia tu penas gila.Rasa macam nak WACHAA je mulut dia tu..."

"Hish , kau ni ada ke cakap macam tu dekat cikgu kita."Nadia membela cikgunya.

"Kau suka Miss Chia tu ke Nadia?"tanya Ann.

"Bagi aku dia okay je . Dia tak pernah marah aku pun."

"Aku hempuk jugak kepala kau tu!Memang lah dia tak marah kau sebab kau tu anak pemilik Akademi .Kalau dia marah kau memang sah - sah le kena tendang keluar dari Akademi."Mia mula berang . Nadia hanya tersenggih.

"Cepat , kita buat dua game je lagi."kata Ann.

Nadia mula pusing kan botol dan botol tersebut berhenti ke arah Ann lagi.

"Wahai botol , kenapa kau benci sangat dengan aku.Aku dah buat ok . Kasi lah can dekat Nadia pulak."

"Dah tak payah marah botol tu .Sekarang ni kau nak Truth ke Dare?"Tanya Mia.

"Aku pilih Dare."

"Ok , caya lah.Aku nak kau message kat Bf kau dan cakap macam ni 'Honey , I love you . Lepas sekolah ni jom keluar dengan I.' Kau cakap macam tu ok."

"Kau gila ?! Kau tau tak Bf aku ni jenis yang suka ambik serius pasal sesuatu benda."

"Ala , apa susah kat bawah message tu kau bagitau jelah yang kau tengah main Truth or Dare.Kan senang?"ujar Nadia . Mia menggangguk setuju.

"Aku buat tapi kalau dia marah , aku nak korang berdua pujuk dia balik."

"So ..."

"What-ever."serentak Nadia dan Mia ketawa melihat muka masam Ann.

"OK , dah jangan merajuk . Message Bf kesayangan kau tu cepat."arah Mia.Ann dengan lambat mengeluarkan henfon nya.

"Dah?"tanya Nadia . "Dah."

"Sekarang ni cuma Nadia je yang belum kena.Jadi botol sila berhenti pada Nadia."

"Macam lah botol tu boleh dengar kau cakap."Nadia ketawa kecil.

"Eh , suka hati aku lah."Ann mencebik.

"Aku  nak pusing."cepat saja tangannya memusingkan botol tersebut.

"Yes !!! Akhirnya Nadia kena."Ann dan Mia menjerit keriangan.

Jika tadi Ann mencebik , kini giliran Nadia pula yang mencebik tidak puas hati. "So , truth or dare?"

"Sebab aku berani , aku akan pilih dare."

"Baiklah minah brutal..."serentak dengan itu satu bantal berbentuk love melayang dan tepat - tepat mendarat di muka Ann."Mulut kau ... Aku cili jugak nanti.Sebrutal - brutal nya aku . Aku ni tetap seorang gadis yang menawan ok."

Mia ketawa."Ada orang angkat bakul naik sendiri lah."

"Dah , dah cepat kasi dare kat aku."

Mia dan Ann berbisik sesama sendiri.Sesekali kedengaran tawa ingin meletus.Mereka menggangguk.

"Nadia , jom pergi."kata Mia.

"Pergi mana ? Aku punya tak habis lagi ni."

"Pergi kelas . Nanti kitorang bagitau kau punya dare."

Nadia menjeling sekilas jam ditangan . "Awal lagi kot,ada 20 minit lagi sebelum kelas start.Lagipun korang kan tak suka Miss Chia tu . Buat apa nak datang awal -awal?"

"Kita lepak laah dulu kat Cafe. Cepat lah siap."

"Yalah , yalah..."



MATA mereka meliar di sekitar cafe . Dan berhenti pada satu tubuh yang sedang duduk berseorangan. Serentak mereka mengangguk.Nampaknya mereka dah punyai mangsa.Nadia memandang tingkah laku kawan - kawannya itu . Macam tengah cari seseorang dan dare apa yang diorang nak kasi aku ni?!!!

"NADIA!!!"

"What?!"

"Kau nampak tak mamat yang tengah duduk selang beberapa meja depan kita ni ? yang tengah duduk sorang - sorang."tanya Ann.

Nadia pandang ke arah yang ditunjuk oleh Ann.Seorang lelaki sedang duduk beseorangan sambil mendengar MP3. "Aku nampak . Tapi apa yang aku nak kena buat?"

"Kitorang nak kau pergi dekat dengan mamat tu dan tanya nama , alamat rumah and akhir sekali cakap I love you dekat dia."terang Mia sambil tersenyum nakal.

"Kau gila ke?!!! Aku tak kenal pun dia . Takkan sampai kena cakap I love you?"

"Terpulang pada kau nak buat ke tak tapi kau kan minah brutal.Takkan kau takut kot?"Mereka berdua tersenyum sinis.

"Sorry , aku tak pernah takut ok.Aku sahut cabaran ni."Nadia melangkah ke meeja lelaki tersebut.

"Hey awak."Nadia menegur . Namun lelaki tersebut tidak membalas apa - apa.

"Eh mamat ni ... Dia tak jawab pulak.Ke , lah lupa pulak aku yang dia tengah dengar MP3." Nadia berkata perlahan.Dia melangkah ke tepi pemuda yang sedang menunduk memandang MP3 nya.

Nadia mencabut MP3 dari telinga lelaki tersebut.Lelaki tersebut memandang nadia dengan dahi berkerut. 'Kenapa dengan minah ni?'bisiknya dalam hati.

"Hye , saya Nadia.Nama awak apa ? Tinggal dekat mana?"tanya Nadia manis.

Lelaki tersebut pandang Nadia atas bawah sebelum satu senyuman hinggap di bibir."Hye ,nama saya Emir.Emir Haikal.Nak tak awak jadi kekasih saya."

"WHAT?!!! Kau gila eh?!!!"satu penumbuk hinggap di muka kacak Emir Haikal.Beberapa pelajar yang sedang menjamu selera di cafe memandang mereka.Ann dan Mia terkocoh - kocoh berjalan ke arah mereka.

EMIR menjeling tajam ke arah Nadia . Rasa macam nak balas je penumbuk yang minah ni kasi.Nasib baik orang yang tumbuk dia tu perempuan kalau tak memang masuk ICU lah.

Dua orang lelaki menyapa mereka .Ikram dan kawan baiknya Azmir melambai mesra pada Nadia dan rakan -rakan namun di balas jelingan oleh Nadia.

"Kau ni kenapa Nadia ? Masam je."tanya Azmir.

"Kau tanya mamat depan aku ni."Ikram dan Azmir pandang Emir dengan perasaan ingin tahu,

"Weyh,apasal bibir kau berdarah?"tanya Ikram prihatin.

"Kau tanya lah minah depan kau ni.Aku tak tau apa - apa pun tetiba  kasi penumbuk kat muka kacak aku ni.Jatuh saham aku weyh."

"HELO... Encik whatever your name.Tak tahu apa - apa kau cakap?Kau ingat aku ni apa hah?Tetiba ajak jadi kekasih kau.Kau ingat aku ni murah sangat ke?"

'Hish , apa lah nak jadi dengan aku.Keluar dari mulut pedas kawan aku tetiba masuk pulak dalam mulut buaya darat yang perasan hensem ni.'keluh Nadia dalam hati.

"Apa yang dah jadi ni?"bisik Ikram di telinga Mia. OMG , nasib baik tak jatuh pengsan kat sini yalah sang jejaka pujaan hati tiba - tiba bisik kat telinga . Macam mimpi kot.

Muka Mia memerah namun bahu tetap diangkat tanda tidak tahu pergaduhan dua insan di hadapan mereka ini.

"Wahai Cik Nadia . Sebelum kau tumbuk muka kacak aku bagilah aku habis cakap dulu . Aku mintak kau berlakon jadi kekasih aku . Just for one day . Jadi jangan menyampuk sebelum kau dengar apa yang aku nak cakap . Sekarang sebagai ganti rugi sebab kau dah cederakan muka aku yang hensem ni kau kena jadi kekasih aku . Macam aku cakap untuk satu hari je."

"Kalau aku tak nak?"tanya Nadia sinis.

"Aku akan laporkan hal ni dekat pihak atasan.Kau tahu kan menumbuk seseorang tanpa sebab yang kukuh juga di kira sebagai membuli . Dan aku tahu kau ni sebenarnya anak pemilik Akademi ni kan? Jadi kau tak malu ke bila semua budak tahu kau buli orang?"

'Dia ugut aku ? Dah lebih ni .Tapi mesti papa dengan mama malu kalau dapat tahu pasal benda ni and nampaknya aku terpaksa buat semua ni.

"Ok aku akan berlakon jadi kekasih kau untuk satu hari.Tapi sebelum tu..."

"Yes?"

"Aku ada hadiah nak kasi kau .BUSH!!! Itu balasan sebab berani ugut aku."Nadia berpuas hati kerana dapat menumbuk muka Emir , again.

"Jom blah.Nanti lambat pulak nak masuk kelas Miss Chia."Nadia menarik tangan rakan- rakannya supaya mengikutinya.







1 comment: